AKTIVITI CUTI SEKOLAH AND PRE RAYA


SALAM



Zaman kanak-kanak yang paling best sekali. Kalau zaman maklong, makteh, maktam & maksu cuti sekolah....pantang dapat keluar rumah. Main rounders. lumba basikal dari hujung jalan, main gelongsor yang arwah Tok Ayah buat sendiri (terror tau becoz it works!), main pengantin2, main kejar-kejar dan lain-lain.
Time berhenti main tu bergantung pada keadaan. Maklong of course stop bila medical emergency---apa lagi--hidung berdarah lah! Pernah masuk hospital tau pasal hidung berdarah, kena tinggal sorang-sorang kat hospital at the age of 9 pulak tu. Suspens je kat wad sbb malam tu kat hujung katil ada orang meninggal. Kecut perut member !

Adik-adik Syasya holidays ni tak ada aktiviti specific. Komputer, TV, handphone and ulang lagi aktiviti tadi. Cik Syasya abis exam hanya on 8th Dec ni.
Kami orang Uda selalu pi Kebun Teh kacau Nurul and Nurin. Kalau tak kacau they all especially si Nurin tu tak sah!


Tengok ajelah aktiviti "Kanak-kanak Riang Ribena" ni.

Hi! Mari kita Tai-Chi!



Adik pun nak join sama!

Cousins 'forever'

"Geng Bas Sekolah"



Hai Adik-adik! Nak dengar cite tak?


SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA FROM US



Inilah aktiviti kami Pre Raya.


Enjoy......







Sesi 'menyalai'





Ni 'rondang' masih early stage
(sila abaikan tangan yang berisi tu ya!)






Mari kita main masak-masak with Chef Syasya



Inilah hasilnya.............



TERKEJUT!!??


Apa yang terkejut?

Baru tengok message dari Cikgu Makteh pagi tadi punya.

H/phone kat atas, tu yang terlambat tengok.


Di sini di 'quote' messagenya:

" Sori lambat nk wish. congrats tn aqilah dpt 30A."


Ehhh??? 30A?? Makteh ni nape? Lupa ke? Mana ada 30 subject


Rupanya belum abis baca lg msg Cikgu Makteh.....sambung quote---"mana taknya dari djh 1 dapat 5A"


Oooooo, makteh kira dari darjah 1 punya result! Itu tak kira sangat lah Makteh. Anyway TQ sebab buat suspens je...and being sangat prihatin.

SYUKRAN.ALHAMDULILLAH


Hari ini dalam sejarah. Sort of!
Cik Qila dapat result UPSR hari ni.
Yang sejarahnya, sek Qila (SKBU 2) produce 102 5As students.
Kira the best in Johore and fifth in Malaysia.







Syukran. 'Berbaloi-baloi' usaha teachers dia. Mana taknya, dia punya xtra class lebih xtra dari PMR and SPM.


Berbunga-bunga senyuman Cik Qila yang tak boleh tido malam tadi. Bangun pagi mata bengkak je. Selalunya member tak ter'effect'. Suspens jugak agaknya dia. Mama dia kira dah berserah je.

The first person yang tanya ialah Maktok. Result belum keluar lagi tapi Maktok pun terlebih suspens. Oh ya! Sebelum terlupa, CONGRATULATIONS TO ANIQ TOO!


Amacam, ada gaya calon ratu cantik tak? Siap berselempang2 lagi!



Ini sebahagian dari classmate Qila. Hanya 4 org dari class dia yang tak dapat.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah. Rezekinya tak putus buat kita semua. Kita je yang kadang-kadang terlupa kepadaNya. Hamba Allah mudah lupa!( Reminder untuk yang empunya diri!)

Anyway, Cik Qila pun tak mintak ke mana-mana. Mama dia still nak 'kepit' dia lagi. Kasi habis itu ngaji semua. Ini le problem kalau 'chet-chet' (pinjam Cik Syasya punya word) terlampau awal. Asyik cuti je. Cikgu ngaji pun pening sebab tak abis-abis. Takat ni dah 3 orang guru ngaji yang datang rumah. Yang 2 tu dah belajar luar negeri. Yang latest ni masih junior lagi, so boleh le make sure Cik Qila kasi khatam dulu.
Baik guru-guru ngaji bebudak ni. Sejuuuukkk perut mak depa.

To all yang mengiringi doa for our children's success , THANK YOU ALL, THANK YOU ALLAH.

COUNTDOWN TO SPM 2009


SALAM.
Hari ini hari Rabu 18 Nov 2009, jeng jeng jeng .......SPM start hari ni!!!!!
Bukan Syasya je yang berdebar-debar, Mamanya sekali tumpang sekaki.
Taklah stress sampai tak boleh tidur tapi takut member kita tu sakit. Cik Akak ni lain pesen sikit. Suka demam kalau nak periksa. Dah prepare all the ammunition and advice for her tapi semua kuasa Allah.

Pada semua, tolong doakan Cik Syasya dapat buat yang terbaik ya sebab ni lah exam penentunya. Amin.....


Last weekend Cikgu beri keluar penjara jap. Kasi release tension serba sikit, jumpa parents and adik beradik.






This week juga Cik Qila dapat result UPSR. Hope for the best! INSYAALLAH.....
Sekarang pun sana sini sibuk pasal orang pi haji. Seronok tengok kat TV and blogs. Doakan semoga our turn will come sooner. For Cikgu Makteh and family, have a nice trip ya nanti.
Mu serulah namaku!

Dah nak dekat pukul 8 pagi, 'Syasya' dah nak masuk exam hall lah tu, tgh susun pen dan pensel kot!
okaylah see ya, nak siap pi kerja. 'kerja!kerja!kerja!'

AKTIVITI WEEKEND 1

Salam!
Member kita yang dah abis UPSR tu sibuk weekend baru ni. Buat apa?
Cuba teka!
Cik Adik tu pi camping kat Hutan Rekreasi UTM. Tak pernah dengar pun UTM ada hutan rekreasi.
Mula-mula tu ayahanda dengan senang hati sign permission form tu. Lupa lak ada function kat Segamat waktu Cik Adik tu balik nanti. Tambahan pulak dgn incident kat kampung Pak Su tu. Lagi le cuak dibuatnye. So ayahanda cancel kan trip tu.

Hancur luluh le hati Cik Adik tu. Tapi lepas dirancang dan diatur dapat le Cik Adik tu pergi juga. ( Not without 7 sudu air mata anak dara pingitan!)


Ni le pintu gerbang UTM tu. Saja bagi budak2 ni semangat sikit.

Rupanya tempat tu jauh ke dalam. Sign board pun tak cukup. Tanya budak2 student pun hampeh. Sorang kata ke kanan, sorang kata ke kiri. Mana-mana le Labu......


Yang warna biru-biru kat celah pokok tu le khemahnya.

ni je gambar yang terdekat boleh diambik. Cik Adik tak bagi ambik2 gambor.

Member seronok dapat bercamping. Tapi tak abis2 komplen. Sakit badan sebab jatuh le, kena gigit serangga le, tidur atas tanah keras le. Macam-macam ada!

Ingat kat hotel ke! Lepas tu ada jugak nite walk. Konon-kononnya cikgu nak ter'kejut2'kan budak2 dalam hutan tu, lepas tu dia sendiri pulak yang kena sampuk! Naya sungguh le.

Dalam ramai2, Cik Meera je yang tak pernah pi camping. Member gerrremmm je. Tak pe la Cik Meera, lain kali ada chance lagi. Betul tak? "Betul, betul, betul!"

So, to be continued......

THANK YOU MAKTEH AND PAKTEH



SALAM.
Tadi baru lepas visit maktok lepas maktok rounding-rounding KL-Kuantan. Dah lama tak jumpa semenjak jadi glamour ari tu!
Kami lepak-lepak sambil makan goreng pisang, keropok lekor dan daging black pepper puff goreng. Chit-chat sambil jadi "Gossip Girl". Tak umpat orang tau cuma cerita pasal experince kat IKIM ari tu.
Nak dekat maghrib kami pun balik Uda. Sekarang kan Maghrib cepat so kena balik awal sikit le.

Sebelum balik Maktok bagi ole-ole from Kuantan. Dari kebun Cikgu and En Wahab.


Ni le dia. Kecut kelenjar air liur tengok. Kan?




Lepas siap dicuci dan dipotong, campur dengan bahan berwarna hitam manis tu....



Amacam? Makin terliur tak?
Baru lepas makan habis sepinggan tadi. Wow! Dah lama tak men'colek-colek' ni.
Cuma harap jangan sakit perut je. Esok nak jalan jauh ni.
Moga-moga tak ada apa-apa yek.

Oh ya! Nanti Makteh tolong carikan benih pelam dan jambu tu ya.
Kami nak menanam di Uda lak.

Once again, THANK YOU MAKTEH AND PAKTEH. SEMOGA MURAH REZEKI. KALAU ADA KAMI NAK LAGIIIII.