Seorang kenalan telah pulang ke rahmatullah pada hari Jumaat semalam. Aduhai alangkah bahagianya allahyarhamah kerana dipanggil menemuiNya pada hari dan bulan yang mulia ini.
Allahyarhamah meninggal dunia kerana penyakit barah usus yang baru lebihkurang 3 minggu dikesan dan dirawat. Betapa kuasa Allah mengatasi segala-galanya.
Pemergiannya juga merupakan 'wake up call' buat diri ini tentang bahawa bila-bila masa sahaja giliran kita akan tiba dan betapa tidak cukupnya bekalannya nanti
Sempena bulan Ramadhan yang penuh berkat ini dan sempena ibarat 'lelongan' pahala dari Allah marilah kita sama-sama tingkatkan usaha untuk meningkatkan prestasi kita kepada yang terbaik. InsyaAllah......
Al-Fatihah juga buat arwah ayahanda tercinta dan ibubpa mertua, semoga dirahmati Allah hendaknya...
RESIPI KEK PAUN OREN
9 months ago